Wednesday 22 January 2014

al-Suhbah wa al-Sahabah (1)

( Terjemahan dari kitab al-Suhbah wa al-Sahabah karangan Syeikh Hassan Farhan al-Malikiyy )

Muqaddimah

                Perbahasan  “al-Sahabah” adalah  salah satu perbahasan  yang amat  penting dalam penulisan silam dan pemikiran Islam dari dahulu hinggalah sekarang . Ini kerana melalui perbahasan ini terbit perbincangan-perbingan yang bersifat  fekah , periwayatan dan juga keimaanan. Di sudut yang lain ia berhubung kait dengan cabang-cabang fiqh , politik dan ekonomi dalam lapangan   pemikiran Islam .Begitu juga topik- topik yang lain yang mempunyai hubungan yang erat dengan perbahasan ini.
                Bedasarkan keperihatinan saya tentang sejarah Islam dan pengajiannya seperti hadis , fiqh , dan aqidah… saya melihat bahawa topik ( al-suhbah wa al-sahabah ) adalah salah satu topik yang besar pentingnya dan yang paling rumit urusannya bagi ramai para pemikir dan ulama Islam , bahkan bagi semua pengkaji tentang Islam dari kalangan bukan Islam.
                Para ulama silam telah mengumpul  dan menghimpunkan pelbagai sejarah sahabat dan kelebihan mereka disamping mengkritik sebahagian dari mereka yang murtad , nifaq, zalim atau yang melakukan mana-mana larangan syarak ( dosa-dosa besar ).

Tulisan dan karangan tentang al-Sahabah

               Barangkali orang yang pertama mengasingkan  perbahasan ini dan menjadikannya perbahasan yang khusus adalah al-Imam al-Bukhari ( 256 H ) - penulis kitab Sahih – di dalam kitabnya “ Tarikh al-Sahabah” ( barangkali kitab itu adalah kitab sejarah yang dicetak dengan judul “al-Tarikh al-Ausat” dan ianya juga telah dicetak dengan judul al-Tarikh al-Saghir ) , walaupun  begitu , beliau telah didahului oleh penulis-penulis kitab lain yang mana mereka membicarakan tentang sahabat bersama-sama tulisan-tulisan mereka tentang sejarah dan tokoh-tokoh yang lain yang dinukilkan di dalam kitab-kitab biografi mereka seperti Ibn Sa’d ( 320 H ) dalam al-Tabaqat al-Kubra, Imam Ali bin al-Madini ( 234 H ) dalam kitabnya ( Tasmiyyah man nazala min al-Sahabah fi sa’ir al-buldan – hilang - ), Abu Khaythimah Zuhair bin Harb ( 224 H ) dalam kitab tarikhnya ,begitu juga  Khalifah bin khiyat –tok guru kepada al-Bukhari – ( 240 H )  dalam kitabnya yang bernama ( Tarikh Khalifah bin Khiyat ) dan ramai lagi yang memasukkan biografi para sahabat bersama  biografi para tabi’in dan orang-orang selepas mereka, akan tetapi orang yang pertama menulisnya secara khusus adalah al-Bukhari.

           Kemudian, Sekumpulan dari para ulama hadith telah mengikut jejak imam al-Bukhari dalam mengasingkan topik  sahabah dalam satu tulisan yang khusus . Diantara mereka adalah al-Hafiz al-Baraqiyy ( 270 H ) , kemudian al-Imam al-Tirmiziyy ( 279 H ) telah menulis kitabnya ( Tasmiyyat ashab al-Rasul S.A.W ) ianya telah dicetak , selepas itu  Abu Bakar bin Abi Khaythimah ( 279 H ) telah menulis sebuah kitab yang  bertajuk ( Tarikh al-Sahabah ) , kemudian Abdan al-Maruuziyy ( 293 H ) telah menulis kitabnya ( Tarikh al-Sahabah ) , kemudian Muhammad bin Abd Allah al-Hadhramiyy yang lebih dikenali dengan ‘Mutayyan’ ( 297 H ) dalam kitabnya ( al-Sahabah ) –ianya tidak dapat dikesan-  , kemudian al-Imam Abu Mansur  al-Baarudiyy ( 310 H ) dalam  kitabnya ( Tarikh al-Sahabah ), kemudian Abu Bakar bin Abi Daud ( 316 H ) , kemudian Abdullah bin Muhammad al-Bughawiyy ( 317 H ) dalam kitabnya ( Mu’jam al-Sahabah ) , kemudian al-‘Uqailiyy ( 322 H ) dalam kitabnya al-Sahabah  , kemudian Ibn Qaani’ ( 351 H ) dalam kitabnya ( Mu’jam al-Sahabah – telah dicetak - ) , kemudian al-Imam ibn al-Sakan ( 353 H ) dalam kitabnya ( Asma’ al-Sahabah ), kemudian al-Imam ibn Hibban – pemilik kitab sahih- ( 343 H )  dalam kitabnya ( Asma’ al-Sahabah ) kemudian Ibn al-Qatthan ( 360 H ) dalam kitabnya ( Asma’ al-Sahabah ) juga . al-Tabraniyy ( 360 H ) mempunyai kitab yang bertajuk ( al-Mu’jam al-Kaber fi Ahadith al-Sahabah – telah dicetak - ) Ibn ‘Adiyy ( 360 H ) juga mempunyai sebuah kitab ( Asma’ al-Sahabah ) juga , kemudian Ibn Mandah ( 390 H )  dalam kitabnya ( Ma’rifat al-Sahabah ) . Kemudian al-Isma ‘iliyy ( 396 H ) menulis sebuah kitab ( Mu’jam al-Sahabah ) . Begitu juga Ahmad al-Himdaniyy ( 398 H ) . Kemudian Abu Nua’im al-Asbahaniyy ( 430 H ) dalam kitabnya ( Makrifat al-Sahabah – telah dicetak- ) . Ibn Hazm al-Andalusiyy ( 456 H ) mempunyai sebuah kitab ringkasan bertajuk ( Asma’ al-Sahabah ) . Kemudian datang al-Imam Ibn Abd al-Bar ( 462 H ) dengan kitabnya ( al-Isti’ab fi asma’ al-Ashab – telah dicetak lebih dari satu cetakan ). Beliau  telah menghimpunkan maklumat –maklumat yang berserakan dari para penulis sebelumya  ke dalam kitabnya, Kemudian selepas Ibn Abd al-Bar , datang pula al-Hafiz ibn ‘Asakir ( 571 H ) lalu menulis ( Mu’jam al-Sahabah). Kemudian  datang al-Hafiz ‘iz al-Din Ibn al-Athir ( 630 H ) menulis sebuah kitab yang mengumpul semua maklumat yang berada di kitab-kitab lain , kitab itu berjudul ( Usdu/Asadu al-Ghabat Fi Makrifat al-Sahabah ) . Beliau telah menambah dan membetulkan beberapa biografi yang ada pada penulis-penulis sebelumnya . Beliau juga telah memasukkan ke dalam kitabnya pembetulan dan penambahan Ibn Fathun ( 520 H ) ke atas Ibn Abd al-Bar , dan pembetulan Abu Musa al-Madiniyy ( 571 H ) ke atas Ibn Mandah.

               Kemudian  datang al-Zahabiyy ( 748 H ) dengan kitabnya ( Tajrid asma’ al-Sahabah ) . Kemudian, di antara ulama terkemudian yang terkenal dalam lapangan biografi al-Sahabah adalah al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy ( 752 H ) dengan kitabnya ( al-Isabah fi tamyiz al-Sahabah ) yang mana kitab ini mengumpulkan maklumat yang tidak dikumpulkan oleh penulis lain .Ini disebabkan kelebihan beliau berpeluang mentelaah kitab-kitab penulis sebelumnya serta mengambil faedah daripadanya.

          Kitab-kitab yang telah kita sebutkan sebelum ini adalah kitab-kitab yang terkenal yang mengkhususkan biografi para sahabat secara umum. Oleh itu , saya tidak menyebut  kitab-kitab yang ditulis untuk biografi sahabat secara individu , tidak juga kitab yang membicarakan tentang kelebihan al-Sahabah , tidak juga kitab-kitab tentang biografi Khulafa’ al-Rasyidin  atau biografi sepuluh sahabah yang dijanjikan syurga atau biografi para isteri nabi S.A.W , dan tidak juga biografi para mujtahid dan fuqaha dari kalangan sahabah dan seumpamanya yang mana bicara tentangnya akan menyebabkan kita mengambil masa yang panjang.


bersambung..


No comments: