Maka pada
halaqah kali ini saya mengkhususkan bagi faedah-faedah tersebut secara ringkas
dengan menyentuh sejumlah faedahnya yang paling penting. Ianya adalah seperti
berikut :
1) Pemerhatian terhadap hikmah Allah
Hikmah
Allah dalam syari'atNya seiring dengan
hikmah Allah bagi ciptaanNya. Jika Allah mempunyai rahsia dan hikmah dalam
ciptaanNya ,maka begitu juga Allah mempunyai rahsia dan hikmah dalam syari'atNya.
أَلَا لَهُ
الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
.
. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang
mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. ( Al-a'raf : 54)
Maka
kajian dan penyelidikan berkenaan rahsia-rahsia syari'at dan
objektif-objektifnya samalah seperti mengkaji rahsia-rahsia di sebalik alam
semesta.Kedua-duanya memberikan kita pengetahuan tambahan untuk mengenali Allah
dan sifat-sifatNya . Ianya juga menjadikan kita bertambah tenang dengan
kelunakkanNya dan ketinggian hikmahNya. Ini lah juga cara Nabi Ibrahim ketika
baginda berkata
:
رَبِّ
أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ
لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah
kepadaKu Bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk Yang mati?" Allah
berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi
Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku
memohon Yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin
menyaksikannya). ( Al-Baqarah 260 )
Maka kita sudah tentu berada
di atas agama Ibrahim dan petunjukknya -selawat dan salam ke atas baginda.-
2 ) Menambahkan kefahaman dan kecelikkan
tentang hukum hakam syara'
Sudah
sedia maklum bahawa pengetahuan tentang objektif-objektif syariah serta
penghayatan dan penguasaanya memberikan kefahaman yang tinggi dalam memahami
maksud sebenar dari Allah. Tidak akan stabil sesuatu agama dan praktikalnya
melainkan dengan ilmu , kefahaman dan kecelikkan.
Dalam Sahih Al-bukhari :
menyebut :
باب العلم قبل القول والعمل، لقول الله
تعالى: }فاعلم أنه لا إله إلا الله{، فبدأ بالعلم. وأن العلماء
هم ورثة الأنبياء، ورثوا العلم، من أخذه أخذ بحظ وافر. ومن سلك طريقا يطلب
به علما سهل الله له طريقا إلى الجنة. وقال جل ذكره: }إنما يخشى اللهَ من
عباده العلماء{. وقال: }وما يعقلها إلا العالمون{، {وقالوا
لو كنا نسمع أو نعقل ما كنا في أصحاب السعير{. وقال: }هل يستوي الذين يعلمون
والذين لا يعلمون{. وقال النبي صلى الله عليه وسلم: من يرد الله به خيرا يفهمه.
" Bab Ilmu sebelum
ucapan dan perbuatan berdasarkan firman
Allah : " ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang layak
disembah melainkan Allah" , Maka Dia ( Allah ) memulakan ( ayat itu )
dengan Ilmu. Bahawasanya juga para ulama itu merekalah pewaris-pewaris para
nabi ,mereka itu telah mewarisi ilmu ( dari nabi ) barangsiapa yang memilikinya
, dia telah mengambil haknya yang cukup.barangsiapa yang menyelusuri satu jalan
yang dia gunakan jalan itu untuk menuntut ilmu ,Allah akan permudahkan baginya
satu jalan ke syurga . Dia ( Allah) berfirman juga : "Sesungguhnya dari
hamba-hambaNya itu , yang takutkan Allah hanyalah para ulama". Allah
berfirman juga :" Tidaklah ada orang yang memahami melainkan orang yang
berilmu" ,- "mereka ( orang kafir) berkata kalaulah kami
dahulu mendengar dan memahami sudah tentu kami tidak berada dalam golongan ahli
neraka ."Dia ( Allah) juga berfirman :" Adakah sama orang yang
mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ".Sabda Nabi s.a.w :"
Barangsiapa yang Allah kehendaki dengannya apa-apa kebaikan , Dia ( Allah )
akan memberikannya kefahaman".
Begitu
juga kisah Nabi Musa a.s dan Khidir a.s yang
diceritakan di dalam surah al-kahfi yang mana ianya memberi satu
petunjuk bahawa tahap kesempurnaan di dalam agama hanya tercapai dengan
memahami rahsia-rahsia hukum hakam dan objektifnya. Maka sesunggunhnya Khidir a.s lebih mengetahui dan cekap dari
Nabi Musa dalam bab ini , Nabi Musa a.s dianugerahkan pengetahuan tentan hukum
hakam sahaja ,sedangkan Khidir a.s
dilebihkan dari baginda dengan pengetahuan tentang rahsia hukum hakam.Oleh
sebab itu , Nabi Musa a.s meminta agar
Khidir a.s mengajarnya agar baginda
lebih celik dan faham. Firman Allah :
فَارْتَدَّا
عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا* فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ
رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا* قَالَ لَهُ
مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
"………..Merekapun
balik semula ke situ, Dengan menurut jejak mereka.* Lalu mereka dapati seorang
dari hamba-hamba Kami Yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari kami, dan
Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi kami.*Nabi Musa
berkata kepadanya: bolehkah Aku mengikutmu, Dengan syarat Engkau mengajarku
dari apa Yang telah diajarkan oleh Allah kepadaMu, ilmu Yang menjadi petunjuk
bagiku?"
( Al-Kahfi : 64-66 )
Maka Al-rushd ( petunjuk ) dan Al-ilmu ( sejenis ilmu
) di dalam ayat ini memberi maksud ilmu dan petunjuk yang bersangkut paut
dengan pengetahuan tentang objektif dan hikmah, sepertimana jelas dipaparkan
dalam tiga episode pengajaran yang ditunjukkan oleh Khidir a.s kepada Nabi Musa
a.s.
3) Menolak kekeliruan dan menjelaskan
kebingungan,
Di sana
wujudnya pelbagai hukum-hakam syara' yang mana objektifnya tidak jelas dan
rumit untuk dikesan ,ianya tidak difahami secara mudah.Oleh itu , kadangkala
akal fikiran kebingungan untuk memahami signifikan hukum hakam itu disyari'atkan,Inilah
yang ditempuhi oleh Nabi Musa a.s semasa baginda memerhatikan tindak tanduk
Khidir a.s tatkala dia memusnahkan kapal
, membunuh kanak-kanak dan mendirikan semula tembok yang hampir roboh.
Maka
seorang yang beriman jika berlaku
kepadanya sesuatu yang rumit seperti ini dan membingungkan fikiranya , maka
jalan yang paling praktikal dan sesuai adalah dengan mengkaji , menghayati
,bertanya dan berdiskusi dengan ahli-ahli ilmu .Jika dia tidak mampu untuk itu
, maka cukuplah jalanya dengan menyebut :
آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ
عِنْدِ رَبِّنَا
" Kami beriman kepadaNya, semuanya
itu datangnya dari sisi Tuhan kami" ( Ali imran : 7 )
Kadangkala
kekeliruan yang ada sengaja ditimbulkan dan direka bertujuan untuk menjejaskan syariat dan
mengelirukan penganutnya. Maka dalam keadaan ini juga , tidak ada cara lain
yang berkesan melainkan dengan menggunakan senjata maqasid Al-shari'ah
untuk menolak kekeliruan dan tuduhan-tuduhan tersebut. Al-imam shihabu
Al-din Al-qurafi berkata :
وأما القيام بدفع شُـبَـهِ المبطلين، فلا يَتعرض
له إلا من طالع علوم الشريعة وحفظ الكثير منها، وفهم مقاصدها وأحكامها، وأخذ ذلك
عن أئمةٍ فاوَضَهُم فيها، وراجعهم في ألفاظها وأغراضها» ـ (الذخيرة 13/232 .(
"Adapun tanggungjawab untuk menepis kekeliruan
yang datang dari mereka yang berniat buruk ,Maka tiada sesiapa yang mampu
menggalasnya melainkan orang yang telah mentelaah ilmu-ilmu syar'ah , menguasai
banyak pekara darinya , serta memahami objektif dan rahsianya . Dia itu memiliki
dan mengambil semua itu dari para imam dengan berdiskusi dengan mereka, serta
merujuk kepada mereka dalam memahami lafaz-lafaz syariah dan
objektif-ojektifnya " ( Al-zakhirah 13/232 )
No comments:
Post a Comment