Wednesday 22 January 2014

al-Suhbah wa al-Sahabah (2)


Terjemahan dari kitab al-Suhbah wa al-Sahabah tulisan Syeikh Hassan Farhan al-Malikiyy

Kitab- kitab tentang sahabat yang dicetak

                Kitab-kitab yang telah kita sebutkan sebelum ini belum lagi dicetak melainkan sedikit. Barangkali kitab yang dicetak yang paling terkenal adalah al-Isti’ab oleh Ibn Abd al-Bar , Usdu al-Ghabat oleh Ibn al-Athir dan al-Isabah oleh Ibn Hajar. Kebanyakkan para pengkaji tentang sahabat tidak merujuk melainkan kepada tiga-tiga kitab ini . Adakalanya sebahagian mereka hanya berpada dengan merujuk kepada kitab al-Isabah disebabkan kitab itu telah mengumpulkan dan membetulkan apa yang telah ditulis oleh ulama sebelumnya.
Kebelakangan ini telah dicetak beberapa kitab seperti kitab Ibn Qaani’ dan Abu Nu’aim.

Kepentingan topik al-Sahabah

                Topik al-Sahabah –seperti yang kita sebutkan sebelum ini – adalah sebuah topik yang amat penting bagi umat Islam dari dahulu hingga kini . Ini disebabkan wujudnya perbezaan dikalangan orang islam dalam mendefinisikan maksud al-Sahabah , ‘Adalah’ dan kelebihan mereka sekaligus membawa kepada mucnulnya sesuatu teori , hukum, dan seumpamanya . Perbezaan ini memainkan peranan asas kepada munculnya pelbagai aliran pemikiran dan kumpulan Islam terdahulu. Kemudian perbezaan ini berterusan diantara kumpulan dan aliran tersebut sehinggalah ke hari ini.

Politik dan al-Sahabah

                 Politik juga memainkan peranan yang besar dalam memperluaskan jurang diantara ulama Islam dan orang awam . Keinginan para ahli politik kepada perpecahan umat Islam bukan hanya sekadar untuk merosakkan hubungan sesama mereka , akan tetapi di sebalik perpecahan itu adanya pelbagai faedah kepada mereka apabila mereka (ahli politik ) menyokong kumpulan tertentu. Di antaranya, pemerintah boleh menampakkan dirinya bersungguh-sungguh untuk menjaga keselamatan akidah dan memeliharanya dengan memusuhi kumpulan kumpulan yang lain.

                Oleh sebab itu , sejak dulu tok-tok lebai yang jahil dan orang awam telah menjadi tangan-tangan kerajaan yang mengeksploitasi isu ini sepanjangan sejarah , sama ada mereka itu dari kumpulan Sunni , Syiah , Mu’tazilah , Nawasib atau Khawarij. Barangkali kumpulan yang paling kurang mengeksploitasi kerajaan adalah kumpulan Khawarij.

                 al-Sahabah ini juga adalah salah satu dari topik yang diperalatkan untuk menyerang lawan , menindas, memperlekeh, atau untuk meragui aqidah mereka . Ia juga digunakan untuk menjauhkan manusia daripada mereka , dan juga dari ilmu mereka  tanpa perlu mendengar hujjah dan bukti-bukti yang didatangkan oleh lawan.

                Oleh sebab itu , kita menjumpai bahawa cukuplah dengan ungkapan “ si fulan mencerca sahabat” untuk memadamkan segala inovasi intelektual yang dihasilkan dalam kelompok ahli sunnah . Begitu juga cukuplah dengan ungkapan “ si fulan memuji musuh-musuh ahli bait” untuk mengkuburkan segala inovasi intelektual dalam mazhab Syiah.

                Sunni dan Syiah kedua-duanya telah membentuk dua kumpulan umat Islam yang paling besar pengaruhnya, dan yang paling banyak produk pemikiranya, disamping kedua-kedua kumpulan ini adalah kumpulan yang terawal muncul secara tenang sejak zaman khulafa’ al-Rasyidin , bahkan benih-benih kemunculan mereka berakar dari zaman Nabi lagi.

Keperluan topik al-Sahabat kepada para pengkaji yang adil dan saksama

                Oleh sebab perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, saya berpendapat bahawa topik al-Sahabah ini memerlukan – dari masa ke semasa- kepada para pengkaji yang adil lagi saksama, sama ada pengkaji itu dari mazhab sunnah dengan pelbagai alirannya atau dari mazhab Syiah dengan pelbagai kumpulannya .Begitu juga dari mazhab al-Mu’tazilah , al-Ibadhiyyah, al-Nawasib atau dari para pengkaji yang tidak berpegang kepada mazhab tertentu . Kesemua kumpulan dan mazhab ini , merekalah yang mewakili Islam pada zaman kini.

                 Ya, kesemuanya memerlukan kepada dialog dan kajian mendalam. Tidak cukup hanya sekadar perjumpaan dan bertukar ganti herotan dan ancaman , tetapi ia memerlukan kepada kajian yang berlapang dada , adil serta jujur, jauh dari sifat mentidakiktirafkan pendapat lawan , selagi mana pendapat itu menyeru kembali kepada Islam dan berpegang dengan disiplin ilmu.

Bukan bertaklid

                Kajian adil dan saksama yang dituntut itu mestilah terhindar daripada sikap taqlid, bahkan perlu diiringi dengan ijtihad baru. Ini kerana taqlid adalah salah satu faktor terbesar yang menyebabkan berpecahnya umat islam. Begitu juga tidak mungkin sesuatu dialog atau kajian itu membuahkan hasilnya selagi mana taqlid menjadi kukuh kepada pendokong-pendokong sesuatu mazhab.

                Walaupun secara teknikalnya saya bermazhab ahli sunnah, ia tidak menjadikan saya ta’asub dengan kitab-kitab dan ulama-ulama mereka.Bahkan para ulama salaf tersebut , mereka melarang kita daripada taqlid .Oleh itu , sekirannya mereka yang melarang itu adalah mereka yang jujur dan tulus , maka mengapa tidak kita berpegang dengan nasihat mereka. Sekiranya yang melarang itu adaah mereka yang mendustakan larangan mereka sendiri, mengapa perlu menjadikan mereka contoh?

                Walau apa pun , saya sehingga ke hari ni masih lagi sebagai salah seorang yang mengambil berat dalam lapangan sejarah Islam di era permulaan ( sirah Nabi dan sejarah khulafa al-Rasyidin ) . Keperihatinan saya kepada topik ini menyebabkan  saya terpaksa berkenalan dengan istilah-istilah yang mempunyai hubung kait yang erat dengan era tersebut.

                Oleh itu , di antara istilah yang paling jelas kesannya kepada pemikiran dan sejarah Islam serta tafsirannya adalah istilah ( al-Suhbah wa al-Sahabah ).

bersambung...


No comments: