Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Segala puji bagi Allah ,Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w,ahli keluarga dan para sahabat baginda serta sesiapa yang mengikut jejak langkahnya sehingga ke hari kiamat.
Sahabat-sahabat sekalian;
Jika kita perhatikan di kalangan masyarakat sekrang telah berlaku banyak fenomena yang semakin hari semakin kritikal dalam sudut agama. Di antara fenomena yang paling jelas adalah ‘salah paham terhadap agama Islam’ di kalangan umat Islam itu sendiri.Kadanag- kadang kita dapat melihat beberapa situasi yang di amalkan oleh umat Islam itu sendiri yang semamangnya bukanlah dari ajaran agama Islam.Fenomena ini berlaku sehingga menyebabkan agama Islam itu menjadi terlalu sukar untuk dianuti .Jika kita lihat di di dalam masyarakat Malaysia misalnya, sudah menjadi satu tradisi apabila setiap orang islam yang mahu bersembahyang wajib memakai kain dan baju melayu serta berkopiah.Mungkin pekara ini tidak memberi kesan yang besar terhdap agama Islam , namun apabila timbulnya tradisi ‘ apabila seseorang yang bukan dari masyarakat melayu ingin menganuti agama Islam , dia mesti memakai baju melayu dan berkain pelekat serta berkopiah apabila ingin menunaikan solat!. Pekara ini memberikan kesan negatif yang terlalu besar terhadap agama, sehingakan mereka yang ingin menganuti agma ini terbatal tujuanya dan mereka yang sudah menganuti agama ini murtad kesudahanya. Ini adalah disebabkan salah paham terhadapa agama sehingga menyusahkan!.Kes ini hanyalah sebagai contoh .Sebenarnya banyak lagi msalah-masalh yang timbul diakibatkan salah faham terhadap agama islam itu sendiri sama ada dari sudut aqidah, feqah ,dan akhlak . Dari segi aqikah, kita dapat lihat apa di antara apa yang berlaku di kalngan masyarakat ,seseorang itu perlu wajib mengetahui sifat 20 yang wajib bagi Allah barulah aqidahnya di sahkan!.Dalam masa yang sama tidak pula isi kandungan al-qur’an itu menjadi asas aqidah sedangkan ianya adalah ‘kalam’ Allah!. Dari sudut fekah, setiap amalan yang dirasakan bercanggah dengan ‘mazhab syafi’e’ tidaklah diiktiraf amalan tersebut walaupun ianya disandarkan pada nas yang thabit.dalam msa yang sama juga , ‘mazhab syafi’e’ yang dilaung-laungkan itu masih belum diketehaui apakah sebenarnya amalan-amalan yang telah dikeluarkan oleh mazhab . hampir menjadi satu kekeliruan,mana satu mazhab syafie yang diikuti?.Lain halnya dari sudut akhlak ataupun tasawwuf, banyak tersebarnya karut marut yang menjadi keprcayaan masyarakat bahawa itu adalah agama Islam!.Pekara ini jelas dan boleh dilihat di kalangan masyarakt kita sendiri .Cuma apa yang perlu kita sama-sama fikirkan, apakah punca-punca berlaku salah faham ini?.
Mungkin banyak faktor yang menyumbang terhasilnya fenomena ini.Di anatara yang paling jelas adalah ‘bercakap tentang agama dengan tanpa ilmu’.
Sahab-sahabat seklian,
Berbicara tentang pekara yang berkaitan agama Islam bukanlah seperti berbicara tentang artis pujaan yang tidak perlu dititik beratkan fakta-faktanya.Bahkan kadang-kadang hanyalah dusta . Agama Islam ini datangnya dari Allah, .Tuhan yang Maha bijaksana ,Maha mengetahui, Maha pencipta, yang menciptakn semua kehidupan di dunia dan dilangit ini dengan penuh peraturan dan disiplin.Mana mungkin agama Islam yang datang dari Allah adalah agama yang leceh ,yang boleh diperkatakan dan dibacarakan oleh sesiapa sahaja tanpa perlu ada ilmu tentangnya !.mana mungkin agama Islam ini buleh diperjelaskan oleh mereka-mereka yang bukan dari ahli agama (yang betul-betul paham tentang agama).!Tidak mungkin sama sekali agama yang turun dari Allah Maha bijaksana ini begitu keadaannya.Agama Islam ini ada disiplin yang perlu diikuti sepertimana alam ciptaan Allah ini ada disiplin dan peraturanya.Andai planet-planet yang berputar di angkasa itu punya paksi yang perlu diikuti dengan disiplin-disiplinnya , Maka agama Islam ini juga perlu ada paksi-paksi yang perlu diikuti dengan disiplin-disiplinya,kerana kesemuanya datang dan dicipta dari Pencipta yang satu yang Maha pencipta!.Maka diantara disiplin yang perlu diikuti adalah ‘berbicara tentang agama wajib diasaskan dari ilmu tentangnya’.Jika pekara ini dipelecehkan ,maka akan berlakulah salah paham sepertimana yang telah disebutkan tadi.Oleh kerana itu, diantara adab-adab seorang penuntut ilmu atau seorang muslim itu sendiri adalah : tidak membicarakan tentang agama pada pekara-pekara yang tidak diketahui’.Maka kita dapat lihat method yang dibawa dari Al-qur’an ,sunnah Nabi,serta contoh tauladan dari para sahabat dan salafussoleh menggesa kearah disiplin ini.
Firman Allah :
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا (٣٦)[1]
36. dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.
Ayat ini dipraktikan oleh Nabi Muhammad s.a.w di dalam kehidupannya seharian sebagai seorang Rasul .Oleh itu, kita dapat lihat di dalam sirah baginda, banyak soalan-soalan yang diajukan dari para sahabat yang baginda tidak akan menjawabnya sehingga turun wahyu dari Allah.[2]
Ibnu Mas’ud berkata : Orang yang meberi fatwa kepada setiap fatwa yang diminta adalah orang gila.
Dan berkata selain darinya : Sesiapa yang berakata : aku tidak tahu (ketika ditanya) sesungguhnya dia telah menjawab soalan tersebut..
Berapa banyak para imam-imam yang agung –seperti Imam Malik- ketikaditanya ,tidak segan silu utk mengatakan : Aku tidak tahu.
Ibnu Umar pula dahulunya ketika ditanya dia akan berkata kepada orang tersebut. : pergilah kepada amirul mu’minin dan tanyalah kepadanya.
Abu hurairah meriwayatkan hadith dari Nabi s.a.w ; sesiapa yang berfatwa dengan tanpa ilmu maka dia berdosa ke atas orang yang meminta fatwa itu, barang siapa yang menunjukkan kepada saudaranya kepada sesuatu pekara yang dia tahu bahawa yang benar itu pada selainya,maka dia telah mengkhianati saudaranya.[3]
Begitu juga ketika zaman Nabi s;a;w , ketika mana ada seorang lelaki muslim yang telah cedera ,kemudian dia berjunub,lalu sebahagian sahabatnya pada ketika itu memfatwakan bahawa dia wajib untuk mandi wajib.Maka lelaki yang cedera itu beramal dengan fatwa tersebut ,lalu lukanya menjadi semakin parah dan maut terus menemuinya.Maka sampailah berita tesebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda berkata dengan nada ingkar :Mereka telah membunuhnya ,maka Allah membunuh merekaz,kenapa mereka tidak bertanya jika mereka tidak mengetahui?! Sesungguhnya penawar jahil itu adalah bertanya,sesungghnya cukuplah bagi dia (lelaki yang mati tadi) hanya dengan bertayammum dan membalut lukanya.[4]
Maka dengan dalil-dalil yang jelas ini, ketahuila bahawa ‘berbicara tentang agama Allah ini adalah satu pekara yang bukan main-main.!.Apakah agaknya reaksi mereka ( para salafussoleh) andainya mereka melihat keadaan masyarakat sekrang ni yang semakin berani berbicara tentang agama Islam walaupun tanpa ilmu.Na’uzubillah min zalik.Kita bimbang seandainya sikap ini berlanjutan ,maka akan banyaklah fitnah-fitnah yang akan timbul tentang agama ini.Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit kesedaran kepada saya terutamanya dan para pembaca sekalian .Wallahu a’lam.
Sekian
Musmai_87.
Bait wawasan ,Mansour Ez_zehbi.
Kenitra. 11,13 ,11 Julai 2008.
Rujukan :
1) Jami’ Bayan Al-Ilm wa fadhlih – Abu ‘amar Muhammad ibnu Abdil-bar.
2) Al-hayatu Ar-rabbaniah wa Al-ilm – Dr.Yusuf Al-qardhawi.
[1] Surah Al-Isra’ ayat 36
[2] Lihat : Jami’ bayan al-ilmi wa fadhlih –ibnu abdil bar bab: ‘apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang berilmu jika ditanya tentang apa yang tidak diketahui …’
[3] Diriwayatkan oleh Abu daud dan Al-hakim daripada Abu hurairah dan dihassankan oleh Abu duad di dalam sohih Al-jami’ As-soghir ( 6068)
[4] Driwayatkan oleh abu daud dalam sohih Al-jami’ As-soghir ( 4362)
No comments:
Post a Comment