Sunday 10 October 2010

Sirah (1)

Al-siyar dan Al-Maghazi .

Perkataan Al-siyar dan Al-Maghazi di sisi ahli sejarah Islam merujuk kepada sejarah masyarakat Islam yang terawal (zaman Nabi dan para Sahabat ).Ianya menceritakan tentang jihad dan usaha mereka untuk menyebarkan Islam dan menyatukan masyarakat di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w . Begitu juga, ianya menceritakan tentang asal usul baginda dan masyarakat sekitarnya.Tidak tertinggal juga, kisah berkenaan tentang peristiwa-peristiwa yang mempunyai kaitan dengan baginda serta riwayat hidup para sahabatnya .

Jika kita lihat,kemunculan dakwah baginda adalah sebuah peristiwa yang terlalu agung dalam sejarah manusia secara umumnya dan dalam sejarah masyarkat arab khususnya.Ini kerana ,selepas bermulanya peristiwa tersebut,maka berlakunya perubahan sama ada bersifat sosiologi atau politik dalam masyarakat arab yang mana kesemuanya berpunca daripada dakwah baginda.Masyarakat arab bersatu atau berpecah disebabkan dakwah baginda.Perbincangan mereka di 'kedai-kedai kopi ' hanya membicarakan tentang dakwah baginda.Berlakunya peperangan dan ketenteraan juga disebabkan dakwah baginda.Maka dengan itu,dakwah baginda yang agung ini telah mengubah suasana kehidupan masyakarat arab ketika itu

Lebih hebat lagi ,dengan kemunculan dakwah ini jugalah yang menjadi punca dan faktor yang menyebabkan bangsa arab yang tidak dikenali dahulunya,dengan tidak semena menjadi buah mulut anak bangsa negara bertamadun ketika itu.Ini kerana masyarakat arab ketikaa itu membawa sebuah petunjuk yang benar , menegakkan keadilan dengan tidak melihat kepada keturunan dan kekayaan , memberi contoh dan tauladan yang tinggi dalam segala cabang kehidupan . membantu kepada jalan kebaikkan serta sentiasa berakhlak dengan akhlak yang tinggi .Kesemua ciri-ciri ini tidak mungkin didapati di dalam suasana masyarakat mereka (tamadun lain)

Kemudian , masyarakat yang telah dididik dengan tangan Nabi itu telah menguasai sebahagian besar dunia sehingga munculnya para pemimpin yang mempunyai hati yang sakit disebabkan dengki dan hasad di antara mereka. Bermula dengan jauhnya kehidupan mereka dengan ruh Islam , diikuti dengan timbulnya bibit-bibit permusuhan –kerana kepentingan dunia – maka berlakulah perpecahan dan berkuranglah kerjasama di antara mereka . Oleh itu , terukirlah kisah yang baru di dalam lembaran sejarah mereka sehingga ke hari ini.

Sejarah di sisi bangsa Arab

Seperti bangsa-bangsa terawal yang lain,bangsa arab hanya membicarkan tentang kehidupan masyarkat mereka yang terdahulu secara lisan.Ini berbalik kepada tabiat mereka yang mempunyai kekuatan hafalan dan latar belakang mereka yang tidak tahu menulis dan membaca.Oleh itu,sejarah mereka masih belum dicatatkan secara bertulis dan bersistem.Bangsa arab dahulunya akan membicarakan sejarah masayarkat mereka apabila ianya menunjukkan kepada sesuatu yang membanggakan.Apatah lagi sekiranya ia berkaitan dengan keturunan dan ahli keluarga mereka.Kisah-kisah itu biasanya bekisarkan tentang kepewiraan keturunan , kemuliaan , dan kebangaan mereka menepati janji.Mereka juga membicarkan tentang baitullah , telaga zamzam dan peristiwa-peristiwa besar di sisi mereka.Kesemua kisah-kisah tersebut mereka pindahkan dari generasi ke generasi baru secara lisan .

Kemudian muncul kisah dan peristiwa baru yang mengambil tempat kisah-kisah tersebut semenjak munculnya dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tidak lagi menyibukkan diri dengan kisah-kisah tersebut bahkan mereka lebih menumpukan tentang peristiwa-peristiwa yang bekisarkan tentang Nabi Muhammad s.a.w Bermulalah pembicaraan mereka bekisar tentang kehidupan Nabi seperti jihad menentang orang muysrikin , seruan kepada menyembah Allah dan sebagainya.Akhirnya ,peristiwa seperti ini lah yang menjadi sumber dan isi kandungan bagi sejarah Islam secara umumnya dan sirah nabi secara khususnya.

Namun begitu, peristiwa-peristiwa tersebut masih belum dicatatkan secara bertulis sepanjang tempoh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w sehingga berlalunya zaman para khalifah al-arrasyidin.Hanya penulisan Al-quran dan prinsip ilmu Nahu sahaja yang sudah ditulis ketika itu.

Wallahu A'lam.

Rujukan : Al-Sirah Al-Nabawiyah oleh Ibnu Hisham ( 618 h ), cetakan maktabah Arrisalah Amman,jilid 1, m/s : 9 – 11 , ( Muqaddimah Al-muhaqqiq ).

No comments: