Saturday 14 April 2012

Mempermudahkan Maqasid Al-shari'ah (2)

Penulis : Dr Ahmad Al-raisuoni

Penterjemah : Musmai_87 ( untuk ke artikel asal sila disini )


Halaqah 2 : Pengenalan bagi Maqasid Al-syari'ah

Istilah" Maqasid Al-Shari' ah " kebiasaanya digunakan untuk memberi maksud : Himpunan hikmah dan tujuan yang mana syariat dan hukum hakam diletakkan demi untuk merealisasikan hikmah itu dan mencapainya.

Oleh itu , Al-allamah 'lal al-fasi mendefinisikannya dengan ucapanya : ( apa yang dimaksudkan dengan maqasid Al-syari'ah : " objektif yang datang dari syariah ,dan rahsia -rahsia yang diletakkan oleh Pembuat syariah bagi setiap hukum hakamnya ") . ( Maqasid al-shariah al-islamiyah wa makarimuha : m/s : 3 )

Kadangkala para ulama mengungkapkan maqasid al-shariah dengan istilah-istilah yang lain , ianya sebenarnya merupakan penerangan dan penjelasan bagi maqasid al-shariah , di antara istilah-istilah lain yang digunakan adalah : hikam al-shariah , 'ilal al-shariah ,arghrad al-shariah dan asrar al-shariah. Ada pula di antara ahli-ahli akedemik sekarang yang mengungkapkannya sebagai falsafah al-syariah atau falsafah pensyari'atan islam.

Sudah sedia maklum bahawa maqasid al-shariah dan faedah-faedahnya hanyalah semata-mata manfaat , kebaikan dan kebahagiaan bagi para hamba di dunia dan di akhirat. Ini kerana Allah tidak memerlukan apa-apa dari objektif syari'ah , tidak juga memerlukan kepada para hambanya dan semua amalan-amalan mereka.Dia adalah maha pencipta bagi semua pekara dan maha berkuasa unutk melakukan semua perkara


لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ هوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ ، لقمان :26

Allah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan di bumi; Sesungguhnya Allah Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.( Luqman : 26)

Ini kerana segala tanggungjawab syara' dan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya tidak terlepas :

1) samada objektif-objektf tersebut kembali faedah pada Allah ( Pemberi taklif)

2) kembali faedahnya kepada para hamba ( yang ditaklifkan ).

atau dengan ayat yang lain : Perletakkan syari'at dan membebankan hamba untuk mengikutinya adakah ianya untuk :

1) Feadah bagi Pencipta

2) Feadah bagi yang dicipta

Berkata Fakhru al-razi :

" dan yang pertama itu( faedah untuk sang pencipta ) adalah terbatal secara konsensus ilmuan islam, maka yang kedua ( faedah untuk yang dicipta ) terpilih secara automatik . Maka yang kedua itu memberi maksud bahawa Allah mensyari'atkan hukum hakam adalah utnuk sesuatu tujuan yang kembali faedahnya kepada hamba. Faedah yang kembali kepada hamba itu pula sama ada ianya

1) faedah yang baik untuk mereka ( maslahah )

2) atau faedah yang merosakkan mereka ( mafsadah )

3) atau faedah yang tiada kebaikkan dan juga tiada keburukan untuk mereka

Maka jenis yang kedua dan yang ketiga itu kedua-duanya terbatal dengan persetujuan ahli-ahli logik , maka secara automatik faedah pertama itu yang dipilih. Maka dengan logik ini , kita mengetahui bahawa Allah mensyariatkan hukum hakam hanya semata-mata untuk faedah-faedah yang baik ( maslahah/ masalih ) untuk para hamba". ( Al-Mahsul min 'ilmi al-usul - 5/ 172 ).

Maka beginilah sepakatnya para ulama yang mu'tabar bahawa syariah ini hanyalah hadir untuk merealisasikan dua perkara :

1) mendatangkan kebaikan untuk para hamba di dunia dan di akhirat ( Jalbu al-masalih )

2) menggelakkan keburukan dari mereka di dunia dan di akhirat. ( Dar'u al-mafasid )

Kadang kala para ulama mengungkapkan bagi jalbu al-masalih wa dar'u al-mafasid dengan menggunakan istilah lain seperti " At-tahsil" ( menghasilkalkan ) , " Al-ibqa' ( mengekalkan )" , " al-naf'u " ( manfaat ) , " al-daf'u" ( memberikan ) atau " ijtilab" ( mendatangkan ) , " ijtinab " (menjauhkan (.

Termasuk juga dalam jalbu al-masalih : mewujudkan kebaikkan yang hilang , dan menyuburkan kebaikkan yang telah wujud .Ada pun dar'u al-mafasid , termasuk juga padanya : menyahkan keburukkan , mengurangkanya dan memelihara darinya.

Antara ungkapan para ulama dalam pekara ini adalah :

الرسل بعثت لجلب المصالح وتكميلها، ودرء المفاسد وتقليلها

" Para rasul dibangkitkan untuk membawa kebaikkan serta menyempurnakannya , dan menolak kebaikkan serta mengurangkannya."

Al-allamah ibn qayyim al-jauziyah telah menerangkan dengan ucapanya :

"فإن الشريعة مبناها وأساسها على الحِكَم ومصالح العباد في المعاش والمعاد. وهي عدل كلها، ورحمة كلها، ومصالح كلها، وحكمة كلها. فكل مسألة خرجت عن العدل إلى الجَور، وعن الرحمة إلى ضدها، وعن المصلحة إلى المفسدة، وعن الحكمة إلى العبث، فليست من الشريعة وإن أدخلت فيها بالتأويل. فالشريعة عدل الله بين عباده، ورحمته بين خلقه، وظله في أرضه، وحكمته الدالة عليه وعلى صدق رسوله صلى الله عليه وسلم "

" Maka sesungguhnya syari'at ini asas binaanya adalah di atas kebaikkan ( masalih ) para hamba ketika mereka hidup di dunia dan ketika mereka kembali di akhirat.. Ianya adil keseluruhnnya , rahmat keseluruhannya , dan hikmah keseluruhannya . Maka setiap pekara yang terpesong dari keadilan kepada kezaliman , dari kerahmatan kepada sebaliknya , dari maslahah kepada mafsadah , dari hikmah kepada sia-sia , maka ianya bukanlah dari syari'at islam , walaupun ianya dimasukkan kedalam syariat secara ta'wil . Maka syariat ini adalah keadilan Allah di antara para hambaNya ,kerahmatan di antara ciptaanNya , banyanganNya di muka bumiNya , hikmahNya itu menunjukkan kepada kebenaranNya dan kebenaran pesuruhNya s.a.w " .

Al-imam Abu Ishaq Al-shatibie al-gharnati telah menyebut :

وضْعُ الشرائعِ إنما هو لمصالح العباد في العاجل والآجل معا

" Perletakkan shari'ah hanya samata-mata untuk kebaikkan para hamba di dunia dan di akhirat sekaligus ".

Jika sekiranya ini yang dikatakan sebagai maqasid al-shari'ah secara umum , maka sepatutnya ianya berlaku dan wujud secara konsisten dalam setiap sudut dalam masaalah syari'ah dan pada setiap hukum -hukumnya yang bersifat juz'i ( cabang(.

Di atas pekara tersebut, maka sesungguhnya maqasid al-shari'ah yang kita bicarakan ini boleh kita lihat dan membahagikannya melalui tiga pusingan :

Pusingan pertama : Pusingan bagi maqasid yang bersifat kulliat dan umum ( pekara yang disebut secara umum dan termasuk dibawahnya cabang-cabang yang banyak walaupun ianya tidak dinaskan: pentrjmh )

Pusiangan kedua : Pusingan bagi maqasid yang khusus ( pertengahan)

Pusingan ketiga : Pusingan bagi maqasid yang bersifat juz'iyyah (cabang (

Keterangan bagi tiga-tiga pusingan ini akan datang pada halaqah seterusnya - dengan bantuan Allah -

No comments: