Tuesday 14 December 2010

Temuduga J-QAF


+ terasa untuk menulis sebentar setelah lama tidak melakukannya.

+ Selasa 14.12.2010 : hari yang ditetapkan untuk aku pergi temuduga J-Qaf ( Bahasa Arab ) pada pukul 10.00 PAGI di Institusi Pendidikan Guru Kuala Lipis Pahang.

+ Kehadiranku pada pukul 10.00 pagi yang ku sangka sudah lewat rupanya meleset,kerana mereka yang dari "kumpulan pukul 8 pagi" masih belum selesai.Temuduga ku bermula pada pukul 12 tengah hari.Sungguh bagus pengurusan mereka.Kumpulanku terdiri daripada 6 orang peserta iaitu 5 daripadanya adalah perempuan dan bakinya adalah lelaki.Lelaki yang dimaksudkan itu adalah diriku sendiri.

+ Setelah selesai ujian bertulis ( karangan dalam B.Arab ) dan ujian berkumpulan ( perbincangan tentang moto ' Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan' dan ' 1 Malaysia ) bermula la sesi temuduga secara individu.

+ Diriku dipanggil pada pukul lebih kurang 3 petang .Maka bermulalah sesi temuduga dengan diajukan soalan berkenaan asal usul diriku ini. Sesi temuduga berjalan dengan baik pada awalnya sehinggalah salah seorang daripada penemuduga bertanyakan soalan kepada diriku .Bunyinya seperti ini:

Penemuduga : oleh kerana awak ini anak bekas tok imam,jadi mesti awak akan mewarisi ayah awak,baik,kalau jadi tok imam awak mesti kene tahu berapa banyak cara bacaan waqaf dalam surah al-fatihah ,cuba awak sebutkan berapa

Diri ku : berbisik di dalam hati : sape pulak yang cakap kalau ayah tok imam anak kene jadi tok imam jugak ? .Bercakap guna mulut : saya tidak berapa paham soalan yang ditanya.

Penemuduga : maksud saya dalam surah alfatihah boleh dibaca dengan banyak cara waqaf ,contohnya dengan sekali waqaf dari bismillah sampai akhir takde berhenti ,awak pernah dengar Syeikh abdul basit baca Al-quran ?

Diri ku : Berbisik di dalam hati : apa yang dia nak tanya ni ? Bercakap guna mulut : Wallahu a'lam.

Penemuduga :Ini benda ni sangat penting ni nak jadi tok imam kene tahu! malu je awak ni belajar jauh-jauh dengan orang Malaysia ! orang yang belajar kat Malaysia pun tahu !

Diri ku : senyap tanpa berkata-kata. berbisik di dalam hati : ngape pulak ustaz ni nak marah-marah.

Penemuduga : ok, kalau orang sembahyang terkentut pada salam yang kedua ( kiri) sah ke tidak sembahyang dia? Batal ke tidak sembahyang dia.

Diriku : menjawab guna mulut : sah ,sebab salam kiri sunat yang kanan saje rukun.

Penemuduga : salah , batal solat dia sebab dia terkentu dalam sembahyang,kalau dia tak berniat nak salam kiri tak pela sebab dia dah habis sembahyang .tapi kalau dia berniat untuk salam ke kiri batal solat dia sebab masih dalam sembahyang.AWAK NI KENE NGAJI BANYAK LAGI NI (sila baca ayat yang dibesarkan hurufnya itu dengan nada perlekeh untuk lebih memahami situasi yang berlaku )

Diriku : tidak berkata apa-apa. Dalam hati berbisik : pensyarah maktab memang macam ni ke? Berlagak semacam jer.

+ selepas keluar dari sesi tersebut ,diriku merasa amat sangsi dan curiga dengan soalan yang mengelirukan dan jawapan yang diberikan.

+ Untuk soalan yang pertama diriku cuba untuk mendapat kepastian tentangnya dengan bertanya kepada abang ku – Pensayarah di UIAM di Kuantan , berstatus Sarjana dalam bidang Qiraat- tentang soalan itu. Jawapan yang diberikan seperti berikut :

Abangku : Benda tu ada dalam kitab Manar Al-Huda fi bayan Alwaqf wa Al-ibtida' oleh Al-ashmuni.

Diriku : benda ni termasuk dalam fardhu ain ke dalam ilmu tajwid? Ke orang-orang yang takhassus bidang qiraat jer yang tahu?kaweh ni temuduga Jqaf bukan nak ngajar Qiraat huhu.

Abangku : taklah penting sangat , tidak sepenting makhraj dan sifat huruf ,kadang-kadang orang takhassus qiraat pun tak tahu, dalm kitab khas untuk waqaf je la yang ada cerita

Diriku : Tapi dia cakap sangat penting.hahaha..

Abangku : tak penting sangat le… kalau tidak dah tentu kitab-kitab qiraat beri penekanan pada awal2nya tentang pekara tu…ngarut jer dia tu..

Untuk soalan yang kedua : diriku cuba mencari kepastian tentang jawapan pada soalan itu .Lalu diriku membuka lembaran kitab Al-Iqna' fi Halli alfaz Abi syuja' dalam fasal fii ma yubtilu Al-solah.

Diriku melihat pengaranya Alkhatib As-syarbini menyebut :

"والثالث – ( الحدث ) فإن أحدث قبل التسليمة الأولى : عمدا كان أو سهوا –بطلت صلاته لبطلان طهارته بالإجماع ، ........ تنبيه : لو صلى ناسيا للحدث أثيبت على قصده ، لا على فعله ، إلا القراة ونحوها مما لا يتوقف على وضوء ، فإنه يثاب على فعله أيضا ، أما الحدث بين التسليمتين فلا يضر ، لأن عروض المفسد بعد التحلل من العبادة لا يؤثر، ..... " ( الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع للخطيب الشربيني )

Terjemahanya :

Dan yang ketiga – pekara yang membatalkan solat - : berhadas : sekiranya berhadas sebelum salam yang pertama terbatal solatnya disebabkan batalnya kesuciaanya ( hadas kecil ) itu secara ijma'………………. Peringatan : sekiranya dia sembahyang dengan keadaan terlupa bahawa dia itu masih dalam keadaan berhadas dia diberikan pahala di atas niatnya sahaja dan tidak pada perbuatannya, kecuali bacaan Al-quran dan seumpamanya yang mana pekara tersebut tidak memerlukan kepada wudhu' , maka ini juga diberikan pahala, Adapun hadas yang berlaku di antara dua salam maka ianya tidak memudharatkan , kerana kehadiran pekara yang membatalakn solat selepas tahallul ( halal melakukan pekara-pekara yang diharamkan ketika solat) dari ibadah , tidak memberi kesan.

+ diriku lupa pulak ketika temuduga untuk bertanya tentang di manakah sumber jawapan yang di ambil oleh PENSYARAH MAKTAB tersebut . Kenyataan yang ditulis di dalam kitab ini lebih menyebelahi jawapan ku . Mungkin betul ucapanya bahawa diriku perlu belajar lagi!

+ Kalaulah dia hendak melakukan sedikit provokasi ketika temuduga ,janganlah sampai ayat- ayat yang kurang BERADAB dikeluarkan ketika sesi temuduga.Diriku pernah juga ditemuduga oleh pihak institusi pendidikan swasta sebelum ini ,dan mereka juga melakukan provokasi tetapi dengan beradab dan ayat yang mereka gunakan tidak bernada kan perlekeh.

+ Soalan-soalan yang diberikan pada pandanganku hanyalah menyentuh pekara juz'iyyat semata-mata ,sama ada dalam bidang tajwid dan juga feqah. Itu tidak kisah lah terpulanglah pada keputusan mereka.

+ kepada yang membaca sila betullkan diriku sekiranya aku melakukan kesalahan dalam catatan ini.

+ Semoga Allah memelihara diriku dari sikap bongkak dan berlagak seandainya aku sudah berjawatan nanti.Itu pun kalau di sana sudah tertulis bahawa aku akan ada jawatan.Allahumma amein..

Sekadar pendangan peribadi .Semoga PENEMUDUGA diriku semalam membaca catatan diriku ini

Musmai_87

11:08 pagi , 15.12.2010.

Kuala Lambor ,Kuala Lipis ,Pahang.

1 comment:

ahlu abi temmam said...

biasalah tu.
mungkin dah rasa diri tu lebih drpd orang lain.
dia terlupa dia pernah ken camtu.
atau dia nak balas dendam apa yg dia alami dulu..
wallahu a3lam..