Sunday 4 July 2010

Jenis-jenis 'Al-Ma'lum" (sesuatu yang diketahui)






1) Berkemungkinan wujud ( ممكن لذاته )

2) wajib wujud dengan sendiri ( واجب لذاته )

3) Mustahil untuk wujud ( مستحيل لذاته )

+ Hukum perkara yang berkemungkinan akan wujud :

1-Tidak boleh wujud melainkan dengan adanya sebab yang mewujudkannya dan tidak pula pupus melainkan dengan adanya sebab yang memupuskannya.Kedua-dua keadaan (wujud/pupus) tiada pada jenis ini secara tersendiri.Setiap salah satu keadaan (wujud /pupus) yang disandarkan kepada jenis ini perlulah disandarkan dengan sebab (pewujud/pemupus) jika tidak ianya akan menyebabkan menguatkan salah satu dari dua pekara yang setara dengan tanpa sandaran , ini adalah suatu kebatilan ..( بطلان رجحان بدون مرجّح )

2- Jika ianya wujud , ianya dipanggil 'Al-Hadith ' [sesuatu yang baru ] .

3 Pekara jenis ini memerlukan kepada sebab ketika mula kewujudannya dan juga untuk mengekalkan kewujudannya 'Sebab ' yang dimaksudkan adalah pemberi kewujudan ( Al-mujid)

4-Al-mujid pula mestilah dari jenis wujud dengan sendiri ,,( قيامه بنفسه ) Jika tidak ianya akan menyebabkan 'silih berganti ' ( التسلسل )

+ Hukum pekara yang mustahil untuk wujud :

1- Tidak boleh berlaku keatasnya kewujudan kerana ianya secara tabi'I tidak akan wujud

2- Ianya tidak akan wujud walaupun di dalam pemikiran

+ Setiap pekara yang kita lihat adalah wujud selepas ianya tidak wujud, pupus selepas ianya wujud seperti binatang dan tumbuhan dan semua kehidupan di alam ini , sama ada ianya dari jenis yang mustahil untuk wujud, wajib untuk wujud secara sendiri , atau berkemungkinan untuk wujud.Sekiranya yang pertama ( mustahil) : sudah tentu ianya batil,kerana inya telah pun wujud.Jika yang kedua ( wajib wujud secara sendiri ) : sudah tentu juga batil,kerana ianya telah didahului oleh tidak wujud.Maka tidak dapat lari lagi untuk kita katakana bahawa pekara-pekara tersebut adalah dari jenis yang ketiga ( berkemungkinan untuk wujud ).

+ Maka kesemua hidupan di dalam alam ini adalah dari jenis (berkemungkian untuk wujud).Oleh itu jika kita lihat pada hukum jenis ini (di atas ) ianya memerlukan kepada sebab yang mewujudkan dan memupuskannya .Jadi,secara logiknya semua kehidupan di alam ini memerlukan 'Al-mujid' .Akal yang tidak menerima logik ini telah terjerumus kedalam pemikiran yang batil .( بطلان رجحان بدون مرجّح )

+ Maka kesemua hidupan di dalam alam memerlukan 'Al-mujid '. Al mujid pula ,sama ada ianya adalah dari jenis kehidupan itu sendiri,atau sebahagian darinya atau selain dari kehidupan itu sendiri.Maka jika yang pertama (kehidupan itu sendiri ) : sudah tentu batil kerana tidak mungkin pokok mewujudkan dirinya sendiri, jika yang kedua (sebahagian darinya ) : sudah tentu juga batil kerana tidak mungkin dahan menjadi sebab wujudnya keseluruhan pokok sedangkan sifat 'Al-mujid' adalah wujud dengan sendiri .Maka akal tidak boleh lari daripada memilih yang ketiga iaitu : Al-mujid adalah dari jenis yang lain bukan dari jenis kehidupan itu sendiri.Itulah suatu kuasa yang mewujudkan alam ini keseluruhannya dan Ianya terawal dan terakhir yang zahir dan yang batin ' Alhamdulillahi rabbil-alamin !! .

uهُوَ الأوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Rujukan : Risalah Al-Tauhid oleh Al-Syeikh Muhammad Abduh.

No comments: