( Persoalaan )
+ Seorang yang berstatus 'tuan' mempunyai seorang 'pekerja'.Pekerja akan mengikut setiap perintah yang diberikan dengan patuh sekiranya pekerja tersebut menyukai tuannya.Setiap perintah dilakukan dengan sukarela tanpa paksaan.Namun,sekiranya pekerja tidak suka kepada tuannya,apakah tindakan dan tugas yang dilakukan itu terhasil dari jiwa yang ikhlas?
+ Seorang ayah mempunyai seorang anak.Ayah ini terlalu sayang kepada anaknya.Namun begitu , ayahnya tidak mengikut segala perintah yang dipinta oleh anaknya.Adakah ayah tersebut adalah 'hamba' kepada anaknya?
(keterangan)
+Konsep kehambaan perlu difahami melalui dua asas :
1) Taat kepada segala perintah.
2) ketaatan lahir dari perasaan cinta.
Kedua-dua asas ini perlu ada pada setiap hamba yang ingin mejadikan dirinya seorang hamba dengan erti kata yang sebenar.Sekiranya asas yang pertama tidak dimiliki,maka akan berlakulah seperti ayah yang hanya sayang kepada anaknya tetapi tidak mengikut perintah anaknya.Adapun sekiranya asas yang kedua pula tidak dimiliki,akan berlakulah sepeti seorang pekerja yang mengikut titah perintah tuannya dengan keadaan terpaksa dan bukan sukarela.
+ Kehambaan dan keikhlasan adalah pekara yang berkembar dan tidak boleh dipisahkan.Tidak mungkin kehambaan terhasil jika tidak dari jiwa yang ikhlas.Oleh itu, konsep kehambaan perlu diiringgi dengan kepatuhan kepada perintah Tuhan dan kecintaan kepadaNya.Dengan itu ,Seorang hamba akan melakukan titah perintah Allah dengan perasaan sukarela (kerana perinta itu datang dari Tuhan yang dicintaai),dan bukan lagi disebabkan paksaan.
+ Asas untuk mmendidik jiwa supaya mengikut segala perintah Allah adalah dengan merasakan keagunganNya dan kebesaranNya.Perassan kerdil ,hina dan lemah di hadapan Sang Maha Pencipta dan Maha Agung akan menghasilkan 'kemuncak pengharapan kepadaNya'.Sebaliknya,apabila manusia merasakan serba cukup dan sombong,ianya akan menghasilkan kekufuran.Seorang manusia yang sedang nazak menunggu mati amat berbeza keadaannya dengan seorang manusia yang masih muda,kaya dan mempunyai waktu lapang.Yang pertama (dengan kelemahan dan ketidakmampuan yang dirasai)akan sentiasa beringat kepada TuhanNya.Adapun yang kedua,(dengan perasaan serba cukup ) akan sentiasa melupakan TuhanNya kerana dia merasakan dia tidak perlukan kepadaNya.
+ Asas untuk mendidik jiwa supaya cinta kepada Allah pula adalah dengan mengingati segala nikmat dan pemberian yang Allah berikan kepada kita.Dari sekecil-kecil pekara sehinggalah sebesar-besar pekara yang kita miliki di atas muka bumi ini adalah pemberian dari Tuhan.Oleh itu,siapa lagi yang berhak untuk kita luahkan perasaan cinta kalau tidak kepada Al-Wahhab (Maha Pemberi)?.Mengingati segala pemberiaan akan menghasilkan cinta.Konsep ini juga berlaku secara realiti jika cinta itu dilihat dari sudut sesama manusia.
( Kesimpulan )
+ Konsep kehambaan perlu disandarkan kepada dua asas ,ketaatan kepada setiap perintah Tuhan,dan melakukan ketaatan tersebut dengan sukarela dari hati yang menyintaiNya.Dengan itu akan lahirla insan yang ''abid' dan 'mukhlis'.
+ Waallahu a'lam.
+ Rujukan : Al-'ibadah fi Al-Islam (Dr Yusuf Al-qaradawi)
No comments:
Post a Comment