+ Kebanyakkan usulliyyun apabila membicarakan tentang hukum-hukum syari'i ,kebiasaannya mereka akan membahagikannya kepada dua jenis.
1) hukum taklifi
2) hukum wad'i
+ Sepertimana diketahui ,hukum taklifi berjumlah 5 jenis.kesemuanya mempunyai maksud yang berbeza mengikut perbezaan bentuk titah Allah (khitabullah) yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang digunakan dalam Al-quran mahupun Hadith.Apabila titah itu berbentuk 'tuntutan'(iqtidha'), sama ada ianya berbentuk suruhan atau larangan.Sekiranya suruhan itu dibentukkan dengan bentuk yang tegas dan pasti,maka titah Allah itu dinamakan Al-wujub, sekiranya tidak tegas maka ianya adalah An-nabu.Adapun sekiranya titah Allah itu berbentuk larangan,jika ianya larangan yang pasti dan tegas maka ianya dinamakan At-tahrim,jika tidak tegas dan tidak pasti maka ianya dinamakan Al-karahah.Adapun sekiranya titah Allah itu tidak berbentuk 'tuntutan,bahkan berbentuk 'pilihan' (Attakhyir)- pilihan untuk buat atau tidak buat-maka titah Allah itu dinamakan Al-ibahah.Kelima-kelima jenis hukum ini dinamakan hukum taklifi adalah kerana iannya mempunyai 'tanggungjawab' (taklif) untuk dilakukan atau ditinggalkan.
+ Cuma, menjadi persoalan ketika menghalusi makna Al-ibahah.Adakah ibahah layak dimasukkan ke dalam hukum taklifi sedangkan ibahah bermaksud 'pilihan'.Setiap apa yang diberi ruang untuk dipilih maka apakah ianya mempunyai tanggungjawab.?Al- Imam Asyaukani dalam Irsyadul-fuhul ,menulis bahawa al-nadbu ,al-karahah dan al-ibahah (tidak taklifi) di masukkan dalam hukum taklifi kerana didominasi (Attaghlib),namun pendapat ini perlu diperhatikan kerana hukum taklifi berjumlah 5 jenis,sekiranya 3 daripadanya adalah tidak taklifi bagaimana pula 2 baki hukum taklifi tersebut mendominasi ?Sepatutnya -mengikut pendapat beliau- hukum tersebut perlu dinamakan hukum ghair Attaklifi . 3 tidak taklifi ,2 taklifi, mana satu yang lebih mendominasi?.
+ Kebanyakkan usuliyyun hanya menghadkan al-ibahah sahaja yang dimasukkan di dalam hukum taklifi secara didominanasi (taghlib) .Ini kerana kebanyakkan mereka berpandangan bahawa Al-ibahah tiada padanya tanggungjawab untuk dilaksanankan.Hamba bebas memilih untuk lakukan atau tidak.Di antara ulama semasa yang mengikut pandangan ini adalah Dr.Wahbah Azzuhaili dalam kitabnya Usul Al-fiqh Al-Islami.
+ Persoalannya,adakah benar titah Allah yang dinamakan 'Al-ibahah' tidak mempunyai padanya apa-apa tanggungjawab untuk ditunaikan?
Bersambung
(terdedah kepada perbincangan)
No comments:
Post a Comment