Sunday, 10 August 2008

Tawakal




Kau bukan seperti mereka,
Keluarmu… kosong minda kosong bicara,
Jasadmu umpama sendiri hatimu punya Ilahi,
Pergi terus mencari sedang kau tidak mengerti adakah kau akan kembali….

Aku ingin menjadi seperti mu…
Pada harapan hidup ditemani keyakinan,
Pada keyakinan keluar mengintai ‘jaminan’,
Pada kepulangan hasil tanpa kekontangan ,
Bukanlah keganjilan kenapa kau adalah perumpamaan.[1]

Jangan percaya pada tangan andai Tuhan bukan harapan,
Usah harapakan insan kerana Tuhan punya ketatapan,[2]
Mengapa perlu pada si mati sedang Tuhan kekal abadi,[3]
Pedang itu gugur kerna hati…lalu die terus pergi…….[4]

Api itu api namun ianya bukan api ;
Kuasa Tuhan … api itu bukan api kenapa perlu kau lari?[5]
Marilah wahai abu Sufian bersama tentera pahlawan,
Hadir mereka itu tidaklah mengukirkan apa melainkan keimanan..[6]

Aku insan dicipta kebimbangan…
Harta pergi , sakit ke mari , pasti aku resah hati,
Harta di sisi , sakit ku pergi , usahlah mengharap ku akan memberi,[7]
Syukur pada Tuhan hantarkan utusan Moga aku tidak lagi begini…

Tawakal pintu mngenal Tuhan..
Kenali Tuhan tatkala senang kau pasti dikenali bila memerlukan
Resah gelisah,bimbang kefakiran, persentankan ,
Hadirlah senyuman kegembiraan ,keberanian dan kekuatan,
Bila kau sudah mengerti dan mengenal , apa itu maqam Tuhan...



Musmai_87
Bait Wawasan
Rue Mansour Azzehbi,Kenitra ,Maghribi
August 10, 2008
13:13





________________________________________________________________


[1] Hadith Umar r.a .beliau mendengar Rasulullah bersabda : Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, Pasti Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sepertimana Allah memberi rezeki kepada burung .Ianya keluar pada awal pagi kelaparan dan pulang kekanyangan. Dirawayatkan oleh Imam Attirmizi dan berkata : Hadith Hassan.

[2] اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ يَفْعَلُ مِنْ ذَلِكُمْ مِنْ شَيْءٍ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ٤٠


Allah jualah Yang mencipta kamu; kemudian ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu ia mematikan kamu; kemudian ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk Yang kamu sekutukan Dengan Allah itu sesiapa Yang dapat berbuat sesuatu pun dari Segala Yang tersebut? Maha suci Allah dan tertinggi keadaannya dari apa Yang mereka sekutukan (denganNya).-Alisra’ : 40


[3] وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ وَكَفَى بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا ٥٨


dan berserahlah Engkau kepada Allah Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati; serta bertasbihlah Dengan memujiNya; dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;-Alfurqan : 58


[4] Thabit di dalam hadith sahih bahawa ketika Nabi pulang bersama para sahabat dari satu peperangan ( zatu rriqa’) ketika mereka mencari tempat berteduh .lalu Nabi dan para sahabat berehat dan berteduh di bawah pokok –pokok ( berpecah ) dan tidur. Ketika Nabi sedang berehat ( tidur ) datang seorang musyrik kepada Nabi dengan menhunuskan pedang Nabi ( yang digantung di pokok) lalu mengertak Nabi. Namun Nabi tidak gentar dan akhirnya musyrik itu berjanji tidak akan membunuhnya dan tidak akan bersama orang-orang yang akan membunuh Nabi. Hadith Muttaqun ‘alaih. (Hadith ini menunjukkan ketinggian tawakal Nabi kepada Allah s.w.t ketikamana musyrik itu bertanya : apa yang menghalang kamu utk takut kepada aku? Lalu Nabi menjawab : Allah. Sebanyak tiga kali. ).



[5] قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ ٦٩

Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".-Al anbiya’ 69
Dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya ketika Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api ,dia bekata : Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)


[6] الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ١٧٣


mereka juga ialah Yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". Al anbiya'- 173


[7] إِنَّ الإنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ١٩إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ٢٠ وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا٢١


Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut - Al ma’arij 19,20,21.

No comments: