Sunday 13 February 2011

Aqidah siri 1



Tiada siapa yang akan mengingkari jika kita katakan bahawa pekara yang paling utama bagi setiap insane di atas muka bumi ini kecapi adalah mengenal dan menyembah Pencipatanya.Keperluan manusia kepada pengetahuan ini lebih mendesak daripada keperluan mereka kepada makan,minum dan seumpamanya.Ini kerana setiap insane dilengkapi dengan elemen roh dan jasad.Maka roh tersebut tidak akan tenang dan bahagia melainkan dengan mengenal Tuhannya dengan melalui namaNya, sifatNya serta perbuatanNya sehingga Pencipta itu menjadi sesuatu yang paling dicintai disisi individu tersebut.

Namun menjadi satu persoalan yang penting , bagaimana untuk mengenali Pencipta? Adakah dengan pengalaman hidup dan akal yang terbatas? Adakah kejadian alam semata-mata mampu menunjukkan kita kepada Pencipta dan sifat-sifatNya secara terperinci? Sudah tentu tidak.Maka dengan itu , atas rahmat dan keadilan Pencipta alam ,diutuskan kepada sekalian umat manusia para rasul dengan membawa tugas yang besar dan penting iaitu :.

1- Memperkenalkan kepada manusia tentang Penciptanya

2- Menyeru kepada manusia untuk menyembahNya ( dengan jalan –jalan syariah )

3- Memberikan berita gembira kepada manusia yang menyahut seruan tersebut

4- Menyampaikan ancaman kepada manusia yang mengingkari seruan tersebut.

Bahkan para rasul keseluruhanya menjadikan kunci dakwah dan kemuncak risalah merka adalah : Memperkenalkan Tuhan yang layak disembah melalui namaNya dan sifatNya. Kemudian , di atas kunci ini , terbinalah urusan yang lain iaitu :

1- memperkenalkan jalan untuk sampai kepada mengenali Allah , iaitu dengan melalui jalan-jalan yang bersifat praktikal ( syariah )

2- memberitahu kepada mereka yang melalui jalan-jalan tersebut ( syariah ) tentang apa yang akan mereka kecapi selapas mereka sudah sampai ( nikmat atau azab )

Maka orang yang paling mengenali Tuhannya adalah :

1- orang yang paling komitmen dengan jalan-jalan tersebut ( syariah )

2- orang yang paling mengetahui keadaan mereka yang melalui jalan tersebut.

Oleh itu jalan yang paling terang dan singkat untuk mengenali Allah adalah dengan jalan-jalan syariah. Maka tidak pelik mengapa Allah menamakan apa yang Dia wahyukan kepada Nabi S.A.W dengan nama 'roh ' dan juga ' nur' ( cahaya )

Firman Allah :

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الإيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ( 52 )

صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ أَلا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الأمُورُ

( 53 ) الشورى

52. Dan Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,

53. Iaitu jalan Allah Yang memiliki dan Menguasai Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. Ingatlah! kepada Allah jualah kembali Segala urusan.

Al-quran juga adalah penawar ,firman Allah :

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولَئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ (٤٤) فصلت

44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".

Al- quran juga disifatkan dengan al-hidayah ( petunjuk ) firman Allah :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ( 33 ) التوبة

33. Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) Dengan membawa petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikanNya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Kesimpulannya :

1- Manusia perlukan kepada Tuhan dengan mengenaliNya untuk menyembahNya

2- Allah mengutuskan para rasul adalah untuk memperkenalkan kepada manusia Pencipta mereka dan menyeru mereka untuk menyembahNya

3- Jalan yang paling dekat dan singkat untuk mengenal Allah dengan mempercayai segala apa yang datang dari para rasul dan mempraktikkan segala seruan para rasul.

4- Al-quran adalah cahaya , roh , penawar serta hidayah bagi setiap orang yang beriman dalam memandu mereka untuk mengenal dan menyembah Allah iaitu pencipta mereka.

Rujukan : Syarh aqidah Attohawi oleh Ibin Al-'iz Al-hanafi.



2 comments:

MOHAMAD AKMAL said...

Fitrah manusia perlu makan
fitrah manusia perlu minum
fitrah manusia tahu adanya tuhan
tuhan yang tidak boleh lebih drpd satu...
tetapi dek kerana manusia ada hati
ada nafsu
ada syaitan menghimpit
ada biah yang songsang
ada rakan-rakan yang tidak elok perangai
maka diturunkan rasul
sebagai mizan untuk akal
mempertimbangkan sahih atau salah

Musmai Al-qunaitree said...

fitrah manusia bertuhan memang benar.tapi jika tiada petunjuk dari Rasul,manusia akan tersilap memilih tuhan.ini lah yang berlaku kepada agama-agama lain yang menyembah selain dari tuhan,Apakah mereka itu menafikan fitrah ketuhanan?sudah tentu tidak.tetapi mereka tersalah memilih tuhan kerana tiada panduan.Jadi Islam datang untuk memberitahu siapa tuhan yang layak disembah.dan bukannya untuk memberi tahu tuhan itu ada.wallahu a'lam