Sunday 8 June 2008

Muraja'ah Usul Feqh






Al-Amru ( Perintah)



Erti : Perkataan yang menunjukkan satu arahan dari pihak yang lebih tinggi.

Bentuk perktaannya : lafaz : if’al ( افعل ).

Lafaz if’al digunakan di dalam Bahasa Arab pada 15 tempat / makna

1 - Perintah . cth : frman Allah :[1] وأقيموا الصلوة

2- Keizinan . cth : firman Allah :[2] وإذا حللتم فاصطادوا

3- Tunjuk ajar .cth : firman Allah : [3] وأشهدوا إذا تبايعتم

4- mendidik .cth : sabda Nabi : [4] كل مما يليك

5- Cabaran . cth : frman Allah :[5] اعملوا ما شئتم

6- Penyamaan cth : frman Allah :[6] فاصبروا ولا تصبروا

7- Penghinaan cth : frman Allah : [7] ذق إنك أنت العزيز الكريم

8- Penghinaan ( memandang rendah) .cth : frman Allah : [8] فاقض ما أنت قاض

9- Pemberian cth: frman Allah :[9] كلوا من طيبت ما رقنكم

10- Memuliakan .cth ; frman Allah : [10] ادخلوا ها بسلام ءامنين

11- Melemahkan.cth : frman Allah : [11]فأتوا بسورة من مثله

12- Doa .cth : frman Allah : [12] فاغفر لنا

13 Penjadian .cth : frman Allah : [13] كونوا قردة خسئين

14 Pengharapan.cth ;syair emrul-qies : [14] ألا أيها اليل الطويل ألا انجلي

15: Peringatan .cth : frman Allah : [15] فأذنوا بحرب من اللّه ورسوله


Pengertaian yang pertama iaitu "perintah" adalah erti yang sebenarnya bagi lafaz 'if'al'.Adapun yang lain adalah sebagai majaz.

Iktilaf di antara ulama usul : Adakah lafaz amar yang sebelumnya mempunyai lafaz tahrim (pengharaman) menjadi tanda utk mengubah lafaz amar itu kepada keizinan atau tidak?

Cth : Firman Allah : وإذا حللتم فصطادوا

Lafaz ( فاصطادو ) datang selepas firman Allah : ( [16]غير محل الصيد وأنتم حرم ).

Lafaz “ berburulah” tersebut tidak menunjukkan adalah satau perintah yang wajib di lakukan apabila selesai dari ihram ,bahkan ianya adalah satu keizinan – boleh berburu selepas tamat ihram –

Ada juga beberapa keadaan yang datangnya ‘amar’selepas ‘tahrim’ yang menunjukkan ianya adalah ‘perintah’ .

Cth ; Firman Allah : [17]فإذا انسلخ الأشهرالحرم فاقتلوا المشركين حيث وجدتمواهم

Lafaz : (فاقتلوا ) dating selepas firman Allah : ( [18] إلا الذين عهدتم ) .

Walaupon lafaz « perangilah » datang selepas larangan utk berperang ,tetapi dalam kes ini lafaz tersebut menunjukkan perintah dan bukan keizinan.

Imam Tilmisani mentarjihkan : Amar yang datang selepas tahrim menunjukkan keizinan.

Imam Ibnu kathir[19] dan Imam Muhammad Al-amin As-syahanqiti [20] mentarjihkan : Setiap amar yang datang selepas tahrim menunjukkan pekara tersebut kembali kepada hukum asalnya .

Cth : kes berburu selepas ihram : lafaz” berburulah” menunjukkan bahawa hukum berburu tersebut kembali kepada hukum asal sebelum diharamkan (kerana ihram) iaitu “ibahah” dibenarkan. Wallahu a’alam.


*Rujukan : Miftahul-Wusul li bina'i al-furu'i 'ala al-usul oleh Al-imam As-syarif Muhammad bnu Ahmad Al-hasani Al-tilmisani. (w: 771) -Beliau adalah tok guru kepada Imam As-syatibi pemilik kitab Al-muafaqat (dalam Ilmu Maqasid dan Usul feqh ).








[1] Surah Al-baqarah : 43,110
[2] Al-maidah :
[3] Al-baqarah : 282
[4] Muttafaqun alaih
[5] Fussilat : 40
[6] At-tur : 16
[7] Ad-dukhan : 49
[8] Toha : 72
[9] Toha 81
[10] Al- hijr : 46
[11] Al-baqarah : 23
[12] Al-hashr: 10
[13] Al-baqarah: 65,Al-a’raf : 166
[14] Penyair jahiliah w :540 masihi.
[15] Al-baqarah : 279
[16] Al-maidah : 1
[17] At-taubah : 5
[18] At-taubah : 4
[19] Tafsir ibnu Kathir
[20] Adwa’ul-bayan.

No comments: