Saturday, 7 June 2008

Mahu menjadi "Al-alim" ?



Kitab :

Mafhumu Al-‘alimiah min Al-kitab ila Ar-rabbaniah.

“Dirasah fi Mafhum Al-‘ilm wa sifati Al-alamiah wazifatan wa barnamajan ,min khilali wasiyahti Abi Al-Walid Sulaiman bnu khalafin Al-baji w: 474 Rahimahullahu”

Pengarang :

As-syeikh Farid Al-ansori .Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam di universiti Maulay Ismail ,Meknes Manghribi.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Pada permulaan ,sebelum melangkah ke gerbang yang lebih besar suka saya ingin mempromosikan satu kitab yang saya rasa perlu di baca oleh setiap penuntut ilmu terutamanya penuntut ilmu syrai’ah.Kitab ini –seperti mana tertulis pada tajuknya- membecirakan tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “al-alim” –orang yang berilmu- Apakah yang perlu seorang itu kuasai ? apakah ciri-ciri orang berilmu?bagaimana cara untuk mencapai tahap penguasaan ilmu yang mencukupi khususnya ilmu agama?apakah pula peranan orang berilmu ?dan yang paling penting , orang ‘alim’ yang manakah yang mampu merealisasikan proses ‘tajdid’ di dalam agama? Buku ini menjawab persoalan-persoalan tersebut . Pengarang telah menghurai isi-isi di dalam kitab ini berpandukan wasiat Al-Imam Abu Walid Al-baji ( w:474) [1] kepada dua anaknya dengan menggunakan Bahasa Arab yang fasih.

Apa yang menarik bagi saya adalah,pengarang telah menunjuk ajar bagi pembacanya bagaimanakah cara ataupon program yang dapat membantu seorang penuntut ilmu dalam menguasai ilmunya dengan baik dan tersusun.Pengarang telah menyusun mengikut keutamaan .Pengarang jua telah mengosyorkan apakah kitab-kitab yang perlu di kuasai dalam menjadi seorang alim yang mampu mengeksploitasi ilmunya di zaman yang semakin banyak masalah-masalah baru timbul dan bukan hanya sekadar menghafal hukum! Kitab ini sungguh bermanfaat kepada setiap orang yang membacanya walaupun saiznya yang kecil dan tidaklah terlalu tebal.Harganya jua murah,hanya 15 dirham.Selamat membaca.







[1] Sulaiman bnu khalaf bnu sa’ad At-tujibiyyu ,al-andalusi;al-qurtubi;al-baji,az-zahabi,.mempuyai banyak karya dalam penulisan.Beliau berasal dari bathlius,kemudian datuknya berpindah ke Al-bajah –bandar berdekatan Ashbiliah-dan beliau telah digelar “Al-baji”.Lahir pada tahun 403 h dan meninggal pada tahun 474 h.-lihat “Siar a’lamu An-Nubala’ oleh imam Az-zehbi”.

No comments: